Turunkan paras gula dalam darah

Jantung Bengkak Kerana Paras Gula Tinggi?

20:18

"Mak ok ke? Angah dengar macam penat je?" tanya Zul pada ibunya. Boleh dengar bunyi nafas mak macam tak cukup udara di "speaker" telefon.
"Tak la, Angah. Mak ok" jawab Mak seperti biasa cuba menyembunyikan kepenatannya.
"Petang ni Angah nak balik la,mak. Angah ambil cuti esok. Kita pergi hospital ya. Risau Angah."
"Eh, jangan la susah-susah. Mak sihat. Mak dah pergi dah ke klinik bulan lepas. Dia bagi mak vitamin tambah tenaga".
"Takpe la,mak. Dah lama juga Angah tak balik. Alang-alang dah balik, Angah bawak mak pergi hospital ya. Risau Angah dengar nafas Mak macam tu. Lagipun Akma kawan Angah kerja kat hospital. Mudah la sikit. Petang karang insyaAllah lepas Maghrib Angah sampai ye".
Keesokan harinya, Zul bawa juga Mak ke hospital. Macam-macam taktik dibuat untuk pujuk Mak. Akhirnya Mak mengalah juga.

"Dah berapa lama Makcik penat,Zul?" tanya Dr Akma dengan wajah sedikit gusar.
"Mak cakap dah sebulan lebih. Kenapa, Akma?"
"Jantung Makcik dah bengkak sikit. Sebab tu jantung dia tak dapat pam darah ke seluruh badan macam biasa." Terasa masa terhenti tiba-tiba.

"Kamu pun ingat lagi kan jantung akan pam darah beroksigen ke seluruh badan? Bila jantung bengkak, kemampuannya untuk mengepam menurun. Sebab tu Makcik senantiasa penat. Bukan sebab tak cukup vitamin. Dan salah satu sebab adalah gula yang kerap tinggi dalam badan." Terangnya panjang lebar.
"Komposisi darah normal. Tiada tanda-tanda kurang darah. Jadi tadi kami jalankan ujian HbA1c. Rasanya Makcik tak jaga sangat paras gulanya".
Ya, Mak memang culas sedikit pasal makan ubat. Katanya dah jemu sebab ubatnya pun banyak. Makan pun bila teringat je.
"Tapi nasib baik kesan awal. Keadaan Makcik tak berapa teruk. InsyaAllah jika kandungan gulanya terkawal, keadaannya akan jadi lebih baik. Selalu-selalu la balik dan tengok Makcik ya," ujar Akma sambil tersenyum menyerlahkan lagi lesung pipitnya.

Bagaimana Paras Gula Yang Tinggi Menyebabkan Jantung Bengkak?
jantung bengkak kerana hyperglycemia
  • Diabetes  merupakan satu penyakit metabolik yang sangat kompleks
  • Ia boleh mempengaruhi pelbagai sistem endokrin di dalam badan sehingga mengakibatkan peningkatan kandungan kolesterol dalam darah dan darah tinggi
  • Kehadiran insulin yang tinggi akibat rintangan insulin akan mengakibatkan pelbagai masalah terutamanya keradangan. 
  • Kandungan gula serta kolesterol yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan darah menjadi pekat dan mengalir dengan lebih perlahan
  • Aliran perlahan ini akan 
    • memudahkan proses pembinaan plak di dalam salur darah melalui proses keradangan/inflamasi
    • menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah yang lebih pekat ke seluruh badan. Keadaan ini jika berterusan akan mengakibatkan jantung menjadi bengkak
  • Plak ini akan membesar dan akan mula menutup salur darah dan menghalang pengaliran darah
  • Jantung menjadi lemah tanpa oksigen dan nutrien dan akhirnya menyebabkan sel jantung mati
jantung-bengkak-cardiomegaly-hyperglycemia

Jadi Apakah Yang Patut Dilakukan?
  • Komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan
    • Ubat yang dibekalkan memastikan paras gula berada dalam julat yang selamat. Jika paras gula menjadi tidak terkawal, kerosakan yang lebih teruk boleh terjadi pada tubuh. 
    • Metformin contohnya, membantu meningkatkan sensitiviti sel terhadap insulin. 
    • Insulin pula membantu untuk mencukupkan paras insulin dalam badan. Penghasilan insulin mungkin menurun menerusi proses "negative feedback" apabila tubuh mengesan paras insulin yang tinggi dalam darah.
    • Oleh itu, ambil ubat anda seperti insulin dan ubat-ubatan mengikut dos dan masa yang telah diberikan.
  • Melakukan "self-monitoring of blood glucose (SMBG)" 
SMBG
  • Mengamalkan diet yang sihat
    • Diet merupakan antara komponen yang penting dalam memastikan gula dalam darah dapat dikawal dengan baik. Ini dapat menurunkan bebanan pada sistem tubuh dalam mengawal paras gula dalam darah
    • Kurangkan minuman bergas, minuman 3-in-1  dan hadkan pengambilan gula proses (gula putih) 
    • Pilih makanan dengan Glycemic Index yang rendah dan amalkan pengambilan buah
diabetic plate
  • Bersenam secara konsisten setiap hari
  • Mengamalkan pengambilan suplemen yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh
    • Bagi pesakit diabetes, sebarang pengambilan suplemen perlu mendapat kebenaran daripada pihak dokor bagi memastikan ia tidak menggangu rawatan yang sedang dijalani pesakit. Antioksidan adalah antara suplemen yang dicadangkan bagi membantu mengawal komplikasi-komplikasi diabetes menjadi lebih teruk yang berpunca daripada keradangan. 
Bolehkah semua langkah-langkah di atas dilaksanakan? Percaya atau tidak, inilah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh seorang penghidap kencing manis dalam mengawal gula dalam darahnya.

senaman diabetes gula dalam darah

Mengapa Wajar Memilih Vivix?
Resveratrol merupakan satu bahan aktif yang terbukti mampu membantu menurunkan bacaan gula di dalam darah. Namun, resveratrol di dalam Vivix adalah lebih unik kerana diperkaya dengan beberapa polifenol  yang dipilih khas yang mampu meningkatkan keberkesanan resveratrol hampir 13 kali ganda dalam menjalankan tugasnya!


kandungan Vivix


Bagaimana Resveratrol di Dalam Vivix Bertindak?
Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan meningkatkan kepekatan darah dan ini akan memperlahankan aliran darah yang membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan ke organ-organ. Apabila organ-organ ini kurang mendapat nutrien, fungsinya akan menurun dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada sistem tubuh badan kita. 
1. Resveratrol Mengurangkan Kerintangan Insulin
Kajian telah membuktikan bahawa resveratrol mampu membantu untuk mengurangkan rintangan insulin iaitu satu keadaan di mana sel menjadi tidak sensitif terhadap kehadiran insulin. 
Apabila rintangan insulin berjaya dikurangkan, gula di dalam darah akan dapat dibawa masuk ke dalam sel, menurunkan kandungan gula di dalam darah dan meningkatkan keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga.
kerintangan insulin
2. Meningkatkan proses biogenesis mitokondria
Apabila gula berjaya dibawa masuk ke dalam sel, gula ini akan diproses oleh mitokondria yang berfungsi sebagai "stesen janakuasa tenaga" di dalam sel. Pada masa yang sama, resveratrol membantu meningkatkan bilangan mitokondria melalui biogenesis mitokondria. Ini akhirnya akan meningkatkan jumlah tenaga yang dihasilkan dan menjadikan pengamal Vivix lebih bertenaga.
peningkatan cellular energy
3. Memperlahankan proses inflamasi/keradangan
Resveratrol, anthocyanin daripada ekstrak Elderberry dan polifenol-polifenol lain di dalam Vivix bertindak sebagai antioksidan yang efektif dalam menghalang pembentukan radikal-radikal bebas. 

Radikal bebas adalah punca utama berlakunya kerosakan sel melalui proses inflamasi dan apabila proses ini dapat diperlahankan, kerosakan yang lebih teruk pada pada organ-organ terutamanya jantung, buah pinggang, mata dan saraf akan dapat dihentikan.

4. Melambatkan proses pembentukan protein AGE
Dengan membantu melambatkan penghasilan protein AGE yang terhasil akibat kerosakan sel, pelbagai turutan proses yang membawa kepada penuaan dan penyakit-penyakit kronik termasuklah kerosakan pada struktur buah pinggang dapat diperlahankan. 

5. Melindungi sel dari kerosakan DNA
Sebarang penghasilan sel adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada DNA. Jika DNA rosak, sel-sel yang terhasil adalah tidak sihat dan tidak dapat menjalankan tugas dengan efektif.

Resveratrol telah terbukti membantu melindungi sel daripada kerosakan DNA dan memperlahankan proses pemendekan struktur telomere pada DNA melalui kajian oleh Dr Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009
**Cross-Sectional Analysis of Telomere Length in People 33-80 Years of Age: Effects of Dietary Supplementation. Harley CB et al. (2014) 55th Annual Conference, JACN, Vol. 33(5), p414.


Apabila DNA berjaya dilindungi daripada rosak, kerosakan yang lebih teruk akan dapat dielakkan dan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat akan berjalan dengan lebih lancar. 

Jom Order Vivix Shaklee Sekarang

Cara 1 :

Dapatkan Vivix anda dengan klik pada ikon Vivix di bawah, ikuti langkah seterusnya dan pihak Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier GDex atau CityLink.

Vivix Energy For Life Set
Energy For Life Set (2 bottles of Vivix)
Cara 2 :
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat  dan kesan dengan cepat!

Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

Cara 3 :
Inginkan diskaun sehingga 15% bagi produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang di nombor di bawah. Saya tunggu panggilan anda :)

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts