Turunkan paras gula dalam darah

Kawal Gula Dalam Darah Jika Tak Mahu Jantung Anda Bengkak

04:30

Ramai yang ambil mudah tentang kencing manis kan? Sebelum ni saya dah sentuh tentang komplikasi kencing manis seperti penglihatan menjadi kabur, air kencing berbuih dan kebas pada tangan dan kaki.
GULA DALAM DARAH TINGGI PUNCA JANTUNG BENGKAK
Tapi tahukah anda itu sebenarnya adalah komplikasi diabetes dari kategori mikrovaskular sahaja. Hari ni, kita tengok komplikasi melibatkan makrovaskular pula yang iaitu Penyakit koronori jantung.


Fakta: 

  • Penyakit koronari jantung mewakili 2/3 daripada jumlah kematian berkaitan Diabetes Jenis 2
  • Pesakit diabetes mempunyai adalah 2 hingga 4 kali lebih risiko mati akibat penyakit jantung berbanding mereka yang tiada diabetes

Penyakit Koronari Jantung

  • Salur darah koronari jantung berfungsi untuk membawa masuk darah beroksigen serta nutrien ke jantung dan membawa keluar darah yang tidak beroksigen masuk ke dalam sistem aliran darah. 
  • Sepertimana salur darah lain,pembentukan plak yang mengecilkan salur darah boleh berlaku dan keadaan ini dinamakan artherosclerosis.
  • Pembentukan plak akan mengecilkan salur darah, mengurangkan bekalan darah beroksigen dan nutrien ke sel-sel jantung yang akhirnya boleh mengakibatkan kematian sel-sel jantung. Keadaan ini turut dikenali sebagai "ischemic heart disease (IHD).
  • Ini menyebabkan penurunan fungsi jantung yang bertanggungjawab mengepam darah ke seluruh badan

Apa Kaitan Diabetes dan Penyakit Koronari Jantung?

  • Diabetes Jenis 2 menaikkan risiko penyakit koronari jantung
  • Simptom-simptom : angina, "myocardial infarction (MI)", "Congestive Cardiac Failure (CCF) dan kematian secara tiba-tiba
  • Boleh mengakibatkan jantung bengkak (cardiomyopathy) dan menurunkan kebolehan jantung mengepam darah
  • Penyakit koronari jantung di manifestasikan sebagai
    • Berlaku pada usia yang muda
    • Penyakit sudah berada di tahap yang teruk semasa diagnosis 


Bagaimana Ia Terjadi?

  • Diabetes  merupakan satu penyakit metabolik yang sangat kompleks
  • Ia boleh mempengaruhi pelbagai sistem endokrin di dalam badan sehingga mengakibatkan peningkatan kandungan kolesterol dalam darah dan darah tinggi
  • Kehadiran insulin yang tinggi akibat rintangan insulin akan mengakibatkan pelbagai masalah terutamanya keradangan. 


  • Kandungan gula serta kolesterol yang tinggi dalam badan akan mengakibatkan darah menjadi pekat dan mengalir dengan lebih perlahan
  • Aliran perlahan ini akan 
    • memudahkan proses pembinaan plak di dalam salur darah melalui proses keradangan/inflamasi
    • menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah yang lebih pekat ke seluruh badan. Keadaan ini ika berterusan akan mengakibatkan jantung menjadi bengkak
  • Plak ini akan membesar dan akan mula menutup salur darah dan menghalang pengaliran darah
  • Jantung menjadi lemah tanpa oksigen dan nutrien dan akhirnya menyebabkan sel jantung mati

Tips-tips Yang Berkesan Membantu Kawal Gula Dalam Darah Supaya Kembali Normal
  • Komplians terhadap pengambilan ubat-ubatan yang dibekalkan
    • Ubat yang dibekalkan memastikan paras gula berada dalam julat yang selamat. Jika paras gula menjadi tidak terkawal, kerosakan yang lebih teruk boleh terjadi pada tubuh. 
    • Oleh itu, makan ubat anda mengikut dos dan masa yang telah diberikan.
  • Melakukan "self-monitoring of blood glucose (SMBG)" 
SMBG
  • Mengamalkan diet yang sihat
    • Diet merupakan antara komponen yang penting dalam memastikan gula dalam darah dapat dikawal dengan baik. Ini dapat menurunkan bebanan pada sistem tubuh dalam mengawal paras gula dalam darah
    • Kurangkan minuman bergas, minuman 3-in-1  dan hadkan pengambilan gula proses (gula putih) 
    • Pilih makanan dengan Glycemic Index yang rendah dan amalkan pengambilan buah
diabetic plate
  • Bersenam secara konsisten setiap hari
  • Mengamalkan pengambilan suplemen yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh
    • Bagi pesakit diabetes, sebarang pengambilan suplemen perlu mendapat kebenaran daripada pihak dokor bagi memastikan ia tidak menggangu rawatan yang sedang dijalani pesakit. Antioksidan adalah antara suplemen yang dicadangkan bagi membantu mengawal komplikasi-komplikasi diabetes menjadi lebih teruk yang berpunca daripada keradangan. 
Bolehkah semua langkah-langkah di atas dilaksanakan? Percaya atau tidak, inilah langkah-langkah yang telah dilakukan oleh seorang penghidap kencing manis dalam mengawal gula dalam darahnya.

senaman diabetes gula dalam darah

Mengapa Wajar Memilih Vivix?
Resveratrol merupakan satu bahan aktif yang terbukti mampu membantu menurunkan bacaan gula di dalam darah. Namun, resveratrol di dalam Vivix adalah lebih unik kerana diperkaya dengan beberapa polifenol  yang dipilih khas yang mampu meningkatkan keberkesanan resveratrol hampir 13 kali ganda dalam menjalankan tugasnya!


kandungan Vivix


Bagaimana Resveratrol di Dalam Vivix Bertindak?
Kandungan gula dalam darah yang tinggi akan meningkatkan kepekatan darah dan ini akan memperlahankan aliran darah yang membawa oksigen dan nutrien yang diperlukan ke organ-organ. Apabila organ-organ ini kurang mendapat nutrien, fungsinya akan menurun dan boleh mengakibatkan kerosakan kepada sistem tubuh badan kita. 
1. Resveratrol Mengurangkan Kerintangan Insulin
Kajian telah membuktikan bahawa resveratrol mampu membantu untuk mengurangkan rintangan insulin iaitu satu keadaan di mana sel menjadi tidak sensitif terhadap kehadiran insulin. 
Apabila rintangan insulin berjaya dikurangkan, gula di dalam darah akan dapat dibawa masuk ke dalam sel, menurunkan kandungan gula di dalam darah dan meningkatkan keupayaan sel untuk menghasilkan tenaga.
kerintangan insulin
2. Meningkatkan proses biogenesis mitokondria
Apabila gula berjaya dibawa masuk ke dalam sel, gula ini akan diproses oleh mitokondria yang berfungsi sebagai "stesen janakuasa tenaga" di dalam sel. Pada masa yang sama, resveratrol membantu meningkatkan bilangan mitokondria melalui biogenesis mitokondria. Ini akhirnya akan meningkatkan jumlah tenaga yang dihasilkan dan menjadikan pengamal Vivix lebih bertenaga.
peningkatan cellular energy
3. Memperlahankan proses inflamasi/keradangan
Resveratrol, anthocyanin daripada ekstrak Elderberry dan polifenol-polifenol lain di dalam Vivix bertindak sebagai antioksidan yang efektif dalam menghalang pembentukan radikal-radikal bebas. 

Radikal bebas adalah punca utama berlakunya kerosakan sel melalui proses inflamasi dan apabila proses ini dapat diperlahankan, kerosakan yang lebih teruk pada pada organ-organ terutamanya jantung, buah pinggang, mata dan saraf akan dapat dihentikan.

4. Melambatkan proses pembentukan protein AGE
Dengan membantu melambatkan penghasilan protein AGE yang terhasil akibat kerosakan sel, pelbagai turutan proses yang membawa kepada penuaan dan penyakit-penyakit kronik termasuklah kerosakan pada struktur buah pinggang dapat diperlahankan. 

5. Melindungi sel dari kerosakan DNA
Sebarang penghasilan sel adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada DNA. Jika DNA rosak, sel-sel yang terhasil adalah tidak sihat dan tidak dapat menjalankan tugas dengan efektif.

Resveratrol telah terbukti membantu melindungi sel daripada kerosakan DNA dan memperlahankan proses pemendekan struktur telomere pada DNA melalui kajian oleh Dr Elizabeth Blackburn, pemenang Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009
**Cross-Sectional Analysis of Telomere Length in People 33-80 Years of Age: Effects of Dietary Supplementation. Harley CB et al. (2014) 55th Annual Conference, JACN, Vol. 33(5), p414.



Apabila DNA berjaya dilindungi daripada rosak, kerosakan yang lebih teruk akan dapat dielakkan dan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat akan berjalan dengan lebih lancar. 

Jom Order Vivix Shaklee Sekarang

Cara 1 :

Dapatkan Vivix anda dengan klik pada ikon Vivix di bawah, ikuti langkah seterusnya dan pihak Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier GDex atau CityLink.

Vivix Energy For Life Set
Energy For Life Set (2 bottles of Vivix)
Cara 2 :
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat  dan kesan dengan cepat!


Sekiranya anda berada di kawasan Taiping, Kamunting dan Simpang, saya adalah pengedar Shaklee di Taiping, Kamunting dan Simpang

Cara 3 :
Inginkan diskaun sehingga 15% bagi produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang di nombor di bawah. Saya tunggu panggilan anda :)

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts