Persediaan sebelum bersalin

18 Tips Buat Bakal Bapa Anak Pertama Supaya Anda Tak Kelam Kabut

22:58

Apabila isteri mengandung, terutamanya anak pertama, rasanya si isteri dan suami mesti sangat excited. Nak belajar itu, nak belajar ini. Tapi ada juga yang buat tak kisah je. Tapi buat si isteri, jangan la marah. Kadang-kadang suami ni blur skit sebab tiba-tiba ada banyak yang perlu dibuat.


Jadi kat sini saya akan kongsikan tips yang perlu Encik Suami Sang Arjuna tahu apabila doktor 'confirm'kan isteri anda dah mengandung.

1. Buka "Buku Merah" di Klinik Kesihatan yang Terdekat
Bagi yang blur-blur buku merah ni apa, ini sebenarnya buku rekod kesihatan yang perlu seorang ibu hadiri sepanjang tempoh mengandung. Buku ini sangat membantu sebab ada banyak panduan yang boleh diikuti dan macam-macam lagi.

rekod kesihatan ibu

Macam mana pulak yang memang dah plan untuk bersalin di Hospital swasta? Ni saya kongsikan apa yang saya buat ya. Saya bukak buku merah dan buat follow-up di kedua-dua klinik kerajaan dan klinik swasta. Nak tahu kenapa? Sebab saya dan suami jenis yang selalu travel. Memang cadang untuk bersalin di hospital swasta pilihan kami. Tapi kot la nak terjadi tiba-tiba ada kecemasan (mohon jauhkan la sangat-sangat), doktor di mana-mana fasiliti boleh rujuk dan bantu mereka buat keputusan.

Dan masa kes saya mengandung anak pertama, ada jugak beberapa kali ditahan di wad dan buku merah ni sangat membantu.

2. Pengambilan Suplemen Sepanjang Mengandung
Tak kisah la follow up di mana-mana pun, semua fasiliti akan sediakan suplemen semasa mengandung bagi mencukupkan keperluan nutrisi anda dan bayi dalam kandungan. Bagi yang hadir ke fasiliti kerajaan, anda mesti akan dibekalkan dengan Asid Folik, Vitamin C, B Complex dan Ferrous Fumarate.

Perlu tak ambil? Mesti la perlu! Setiap satu vitamin mempunyai kepentingan yang tersendiri. Jadi jangan culas jika anda sayangkan bayi dalam kandungan tu ye :)
set pre-natal
3. Jika Kaki Isteri Anda "Cramp", Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
Haaaa...ni antara perkara biasa bagi orang mengandung. Para suami perlu faham, isteri anda membawa bayi dalm kandungan yang setiap hari semakin membesar. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada lutut dan kakinya.

Anda juga perlu faham, semasa bayi membesar dalam kandungan, ia akan menyerap kalsium daripada ibunya. Jika ibunya tidak mengambil kalsium yang mencukupi, maka bekalan kalsium akan diserap daripada tulang dan gigi si ibu. Sebab tu la para ibu perlu jalani pemeriksaan gigi dalam tempoh mengandung. Jadi buat pilihan sama ada nak minum 2 gelas susu setiap hari atau ambil suplemen kalsium untuk lengkapkan keperluan kalsium harian anda.
ostematrix semasa mengandung

Selain pengambilan kalsium, anda juga boleh urut bahagian yang sakit. Tapi ramai cakap tak boleh urut. Jawapannya, ibu mengandung boleh berurut semasa mengandung dengan mematuhi beberapa syarat yang tertentu.

4. Hadiri Kelas Antenatal
Kelas antenatal adalah kelas yang diadakan bagi para bakal ibu dan bapa untuk mempelajari tentang apa yang akan adapi hadapi sebelum, semasa dan selepas bersalin. Ini termasuklah 

5. Breastfeeding atau Susu Formula?
Persoalan ini perlu dibincangkan dengan serius sebab anda dan suami perlu buat persediaan untuk memahami teknik memulakan penyusuan susu ibu, halangan penyusuan dan bagaimana cara untuk mengatasi halangan penyusuan.

Dapatkan informasi melalui buku dan hadiri kelas "breastfeeding" yang diadakan oleh mereka yang terlatih. Ingat ya, suami juga ada peranan bagi menjayakan penyusuan susu ibu ini ye.

6. Bagaimana jika Isteri Mengalami Alahan Ketika Mengandung?
Alahan semasa mengandung adalah perkara biasa. Anda sebagai suami perlu peka. Penat tau. Dah la bawak baby dalam perut, lepas tu muntah-muntah dan pening sepanjang masa.

Amalkan petua-petua dan tips atasi alahan semasa mengandung. Yang penting, banyakkan berdoa supaya Allah permudahkan urusan anda ye.

7. Barang-barang yang perlu disediakan apabila kandungan dah mencecah 32 minggu?
Buat persediaan barang-barang bayi dan isteri semasa bersalin. Bagi barang bayi, asingkan ikut jantina elaki dan perempuan. Rasanya list barang-barang ni ada di Internet kan? Yang penting, letak di dalam kereta dan bawak ke mana-mana. Jadi tak la kelam kabut bila masanya tiba

8. Berpantang Selepas Bersalin
Tentukan di mana isteri anda akan berpantang. Kemudian dapatkan maklumat mengenai mereka yang memberikan servis penjagaan isteri dan bayi selepas bersalin. Jangan terkejut, ada pakej-pakej yang anda boleh pilih. Pilih yang terbaik selepas berbincang antara anda dan isteri.

Pelajari juga berkenaan jenis-jenis tungku (saya cadangkan tungku batu sungai atau besi yang panjang), bagaimana untuk menyiapkan tungku (bagaimana untuk balut etc) dan bagaimana untuk bertungku. 

Ya, "confinement lady" anda mungkin sudah "tungkukan" anda di waktu pagi. Tapi tidak salah untuk ulanginya di waktu malam. 

9. Ringan-ringan Tulang Selesaikan Kerja-kerja Rumah
Haaa...ringan-ringankan la tulang tolong isteri di rumah. Kemas rumah, basuh pinggan etc. Bagi dia rehat sikit.

10. Belajar Resepi Semasa Berpantang
Ini applicable buat yang rancang untuk berpantang sendiri. Mudah je la. Banyak resepi yang anda boleh Google. Tapi ada tips makanan orang berpantang yang anda perlu tahu. Yang penting, cuba-cuba la dulu. Takde la terkial-kial nanti. Pssst, bagi isteri rasa tau. Jangan confident sedap je. Hehehe..

11. Belajar Cara Nak Handle Bayi
Belajar lah cara nak pegang bayi, pantang larang, dan juga cara mandikan bayi dengan selamat

12. Persediaan Suami Apabila Kandungan Mencecah 36 minggu?
Pastikan kenderaan dalam keadaan baik. Kenalpasti laluan yang paling mudah dan cepat untuk ke hospital. Isi minyak penuh-penuh sebelum balik rumah. Dan pastikan anda dah setting Had Maksimum Transaksi kad ATM anda untuk buat pembayaran mengikut harga pakej yang anda pilih di hospital pilihan anda. Tak payah la bawak cash setiap masa.

13. Cara Menyambut Kelahiran Bayi Dalam Islam 
Tahnik, azan dan iqamah adalah beberapa perkara menyambut kelahiran bayi dalam Islam yang perlu suami ambil tahu. 

14. Macam Mana Nak Daftar Sijil Kelahiran
Anda akan diajar bagaimana untuk daftar sijil kelahiran oleh jururawat sebelum isteri dan bayi hendak discaj.Tapi tak salah supaya anda boleh buat persediaan yang sewajarnya. Ingat ye, borang yang jururawat tu bekalkan, jangan salah eja pulak.

15. Tips Luka Cepat Sembuh Selepas Bersalin
Bagi sesetengah wanita yang perlu jalani proses bersalin melalui pembedahan C-section, penjagaan luka perlu dititik beratkan bagi memastikan luka cepat sembuh

luka jahitan bersalin
16. Suplemen Semasa Berpantang
Selepas anda bersalin, anda akan dibekalkan dengan 4 jenis vitamin bagi membantu anda membina kembali tenaga dan darah selepas melalui proses bersalin. Pelbagai suplemen lain seperti protein boleh dipertimbangkan. Tetapi anda perlu ambil perhatian tentang suplemen post natal jika anda berhajat untuk "breastfeed" anak ada nanti. Ini kerana penyusuan susu ibu adalah berdasarkan prinsip "supply and demand"
17. Bagaimana Nak Uruskan Uri
Ingat ye, hospital akan serahkan uri kepada anda untuk diuruskan. Ada sesetengah fasiliti dah siap bersihkan. Dan ada yang tidak. Ada juga Set Membersihkan Uri yang dijual di pasaran. 

Yang penting, basuh uri tu bersih-bersih, hilangkan bau, balut nipis dan tanam dengan kedalaman yang bersesuaian supaya ia tidak dikorek kembali oleh pemangsa seperti kucing atau anjing.

Ingat ye, jangan terpengaruh dengan kepercayaan pelik seperti tanam dengan pensil dan kalkulator tu. Mengarut je tu.

18. Pengurusan Tali Pusat
Bagi yang bersalin di hospital kerajaan, anda akan dibekalkan dengan ubat cuci tali pusat bayi bernama Chlorhexidine. Saya cadangkan anda gunakan kapas guung yang boleh dibeli dengan mudah di kedai-kedai runcit. Ini lebih mudah berbanding kapas jenis lain. Lakukan 2 kali sehari selepas bayi mandi sehingga tali pusat tanggal.

Banyak kan senarai yang ada? Percayalah, ini belum habis lagi. Inilah keindahan menjadi ibu bapa. Pengalaman akan mengajar kita bagaimana untuk "adapt" dengan situasi nanti. Jika anda ada tips yang ingin dikongsikan, masukkan di bahagian komen ya? InsyaAllah saya akan update dari semasa ke semasa.

Shaklee Distributor & Bussiness Leader

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts