B complex

Mengidam Ketika Hamil? Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

10:30

Mengidam je mesti orang kaitkan dengan kehamilan. Hamil je mesti ada benda nak mengidam. Benarkah begitu atau sengaja di reka-reka?

Saya ada terbaca majalah Mami Baby keluaran Mac 2014 ada membincangkan tentang topik Mengidam Ketika Hamil? Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya.



Menariknya di kongsikan bahawa apabila seseorang wanita itu mengidam ia menunjukkan petanda bahawa tubuh badan anda sebenarnya kekurangan sesuatu mineral.

Sebagai contoh jika wanita hamil tersebut mengidam jeruk atau snek, ia mungkin menunjukkan bahawa tubuh badannya kekurangan sodium. 

 
Sila ambil dalam jumlah yang di sarankan agar anda tak berlebih-lebihan pula. Sodium (garam) yang terlampau berlebihan mampu membuatkan anda berisiko menghadapi tekanan darah tinggi semasa hamil. Bahaya tu!

Portal MyHealth ada membincangkan dengan lebih mendalam tentang gejala mengidam ini. Contohnya jika mengidam susu atau produk tenusu seperti keju itu menunjukkan kekurangan kalsium.

Biasa anda dengar seseorang yang mengidam kek dan coklat atau sebarang benda manis? Ia menunjukkan kekurangan keperluan kalori atau kekurangan Vitamin B. Maka anda boleh tambahkan vitamin B complex dalam diet anda.
 
Tetapi AWAS! Jika wanita hamil tersebut mengidam objek yang tidak boleh di makan seperti cat, minyak petrol, pengilat kasut dan sebagainya anda harus berhati-hati.

Keadaan mengidam pelik begini di panggil pica. Amat di sarankan agar anda membawa mereka berjumpa doktor dengan kadar segera ya.

Penting sangat bagi mengelakkan kemalangan jiwa berlaku pada ibu dan bayi. Biasalah wanita hamil ini pertimbangannya kadang-kadang kurang rasional sedikit kerana perubahan hormon sangat mempengaruhi tingkah laku mereka.

Masa saya mengandung anak sulung dulu mengidam gulai ikan puyu rempah giling. Wah! kalau macam ni punya besar selera kurang mineral apa ya agak-agaknya?
 
Gambar Kredit: hazila.blogspot.com
Jadi berpada-padalah kalau mengidam pun ya. Jangan sampai menjadi beban kepada diri sendiri dan orang lain pula. Kawal tingkah laku yang bukan-bukan kerana jika anda kurang tenang, selalu marah-marah dan sebagainya. 

Sikap begini akan memberikan kesan yang tidak bagus pada anak anda setelah di lahirkan nanti. Salah satu kesannya adalah bayi anda kerap terjaga pada waktu malan atau mengalami kesusahan tidur sehingga 40 peratus.

Jadi pastikan mengidam anda itu berbaloi ok?


Your Trusted SID
 
ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!


You Might Also Like

6 respon

  1. Ohhh macam ni sebenarnya.. sampai detail macam ni sekali dia check yer..haha..ibu mengandung jangan ikut emosi sangat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang tindakan luar kawal ;)

      Delete
  2. Exoticnya ngidam u..gulai ikan puyu rempah giling. Nangis nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penangan baca Novel Surat Ungu Untuk Nuha. hihi

      Delete
  3. hihi nasib baik sepanjang 3 kali mengandung tak ade mengidam yg pelik2....

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts