Masalah Penyusuan

Cara Sokong Penyusuan Susu Ibu Buat Ahli Keluarga Supaya Ibu Kekal Positif

17:04

Tidak di nafikan selain suami, ahli keluarga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Selalunya detik-detik awal iaitu ketika berpantang boleh di katakan rata-rata berpantang bersama ahli keluarga. 

Penyusuan susu ibu bukanlah hanya satu cara memberikan bayi makan. Kini ia telah menjadi satu gaya hidup. Maka seluruh ahli keluarga seperti Bapa, pasangan atok dan nenek, adik-beradik boleh terlibat menjayakannya. 

Berikut saya kongsikan Cara Sokong Penyusuan Susu Ibu Buat Ahli Keluarga Supaya Ibu Kekal Positif. 

 
Kredit: www.who.int

1. Beri sokongan dan galakkan kepada ibu atas kesungguhannya untuk menyusukan bayi.

2. Beri sokongan emosi apabila ibu ingin berbincang mengenai kerisauannya.

3. Galakkan ibu untuk menjaga kesihatan dirinya dengan mendapat rehat yang cukup antara masa penyusuan dan mengambil hidangan berkhasiat dengan tetap.

4. Membantu membuat kerja-kerja rumah agar ibu dapat menumpukan masa dan tenaganya untuk menyusukan bayi.

5. Membantu menukar lampin dan memandikan bayi.

6. Beri sokongan emosi kepada bayi dengan memeluk dan bermain dengannya.

7. JANGAN sekali-kali mencadangkan untuk top-up dengan susu formula. Hormati pendirian ibu tersebut untuk memberikan susu ibu, sus terbaik di dunia yang Allah sediakan khas untuk bayi.

8. Baca buku, majalah dan pamplet yang menyediakan info tentang penyusuan supaya anda boleh menyumbang idea dan memberikan motivasi kepada si ibu.


Kesimpulannya, jika ibu-ibu tidak mendapat sokongan yang baik, dorongan yang positif dan persekitaran yang mesra penyusuan, tidak mustahil ibu tersebut tidak berjaya menyusukan anak sendiri. Cabarannya tetap ada, di sinilah suami berperanan sebagai pembantu kepada isteri untuk menjelaskan kepada ahli keluarga.

You can do it Mommies!

 
Your Trusted SID
 
  ID 868991

Riza Afzan Asri

SMS/Whatsapp 012-4637064 

Email: rizaafzan@gmail.com

COD: Taiping dan kawasan sekitar Pos: Seluruh Malaysia

~Happy to share, pleasure to help!
 
 
Artikel Menarik Untuk Dibaca:

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts